Saturday, August 12, 2006

BIAR BETUL-BETUL


TAJUK :BIAR BETUL-BETUL
PENULIS :DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ
TERBITAN :KARYA BESTARI SDN BHD
HALAMAN :317 muka surat
HARGA :RM 10.00

Buku Biar Betul-Betul merupakan satu lagi karya Dr HM Tuah Iskandar. Siapa tidak mengenali dr Tuah?Seorang pakar motivasi yang tidak asing di negara kita. Siapa tak kenal beliau,alamat sia-sialah hidup kat Malaysia,kerana beliau bukan sahaja seorang intelektual malah seorang penulis yang berbakat.Banyak artikel-artikelnya keluar dalam majalah-majalah ilmiah seperti Dewan Siswa,Majalah I,Dewan Agama dan Falsafah dan lain-lain.

Buku ini merupakan salah sebuah buku bercorak motivasi daripada beliau. Buku ini sebenarnya mengupas tentang situasi masyarakat kita yang diperoleh hasil dari pemerhatian beliau. Karya beliau kali ini banyak membawa masalah-masalah masyarakat kita seperti penceraian,kurangya minat membaca,kurang keyakinan dalam diri dan banyak lagi.

Tambahan pula,setiap persoalan yang ditulis oleh penulis akan diselitkan motivasi untuk merangsang pembaca supaya berfikiran positif dan optimis.

Dalam buku ini juga,anda akan di bawa oleh penulis untuk menjelajah ke UK,USA,Thailand,Mekkah dan lain-lain tempat supaya dapat mengembangkan minda kita. Anda pasti tidak akan berasa bosan membaca buku ini,kerana gaya penulisannya yang santai
.Dr tuah bijak menarik perhatian pembaca,secara jujur apabila saya membaca buku ni,saya tergelak sorang-sorang seolah-olah sedang membaca komik.

Selamat membaca..

BIAR BETUL-BETUL

TAJUK :BIAR BETUL-BETUL
PENULIS :DR HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ
TERBITAN :KARYA BESTARI SDN BHD
HALAMAN :317 muka surat
HARGA :RM 10.00

Buku Biar Betul-Betul merupakan satu lagi karya Dr HM Tuah Iskandar. Siapa tidak mengenali dr Tuah?Seorang pakar motivasi yang tidak asing di negara kita. Siapa tak kenal beliau,alamat sia-sialah hidup kat Malaysia,kerana beliau bukan sahaja seorang intelektual malah seorang penulis yang berbakat.Banyak artikel-artikelnya keluar dalam majalah-majalah ilmiah seperti Dewan Siswa,Majalah I,Dewan Agama dan Falsafah dan lain-lain.

Buku ini merupakan salah sebuah buku bercorak motivasi daripada beliau. Buku ini sebenarnya mengupas tentang situasi masyarakat kita yang diperoleh hasil dari pemerhatian beliau. Karya beliau kali ini banyak membawa masalah-masalah masyarakat kita seperti penceraian,kurangya minat membaca,kurang keyakinan dalam diri dan banyak lagi.

Tambahan pula,setiap persoalan yang ditulis oleh penulis akan diselitkan motivasi untuk merangsang pembaca supaya berfikiran positif dan optimis.

Dalam buku ini juga,anda akan di bawa oleh penulis untuk menjelajah ke UK,USA,Thailand,Mekkah dan lain-lain tempat supaya dapat mengembangkan minda kita. Anda pasti tidak akan berasa bosan membaca buku ini,kerana gaya penulisannya yang santai
.Dr tuah bijak menarik perhatian pembaca,secara jujur apabila saya membaca buku ni,saya tergelak sorang-sorang seolah-olah sedang membaca komik.

Selamat membaca..

Tuesday, August 01, 2006

BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH



Tajuk:Biografi Muhammad Bin Abdullah (Perjalanan hidup seorang nabi)
Pengarang:Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman
Terbitan:PTS

Pengulas:Mohd Rezwan Alias

Sinopsis buku:
Buku ini menceritakan perjalanan kehidupan sebuah manusia yang agung iaitu Muhammad SAW yang juga merupakan seorang nabi dan rasul. Penulis menceritakan bagaimana asalnya kemunculan air Zam-zam yang menyebabkan tanah Mekah yang dahulunya tiada pembangunan telah menjadi tumpuan penduduk Arab.

Penyampaian buku ini sangat menarik dan mudah difahami,pembaca seolah-olah dapat menggambarkan dalam minda anda perjalanan kehidupan nabi dengan jelas dan saya yakin anda akan lebih memahi sirah nabi dengan lebih mendalam lagi. Kesimpulannya buku ini sangat "touching hati anda".Anda tidak akan sabar untuk menghabiskannya setelah mula membaca dari satu bab ke saru bab

Namun buku ini ada sedikit kontrovesi,kontrovesinya ialah pembaca mempersoalkan kenapa selepas nama Muhamad tiada "SAW".Namun penulis pernah mengulas komen tersebut pada ruangaan Duniaku Buku dan Sirah di radio IKIM.fm. Dan jawapannya terkandung dalam buku ini.

Selamat membaca.....

Thursday, July 13, 2006

MENITI LAUTAN GELORA (Sebuah Memoir Politik)

Tajuk : MENITI LAUTAN GELORA (Sebuah Memoir Politik)

Penulis : Said Zahari

Penerbit : Utusan Publications Sdn. Bhd

Tahun : 2001

Harga : RM 25

Sumber : Pusat Sumber PKPIM

MENITI LAUTAN GELORA (Sebuah Memoir Politik) menukilkan pengalaman, pengamatan dan penglibatan sebagai aktivis politik. Ia juga merangkumi perkembangan politik dan persuratkhabaran tanah air, Malaya/Singapura dalam konteks Asia Tenggara, khususnya pada zaman perubahan politik kualitatif pada tahun 1940-an hingga 1960-an.

Memoir ini menyingkap suka duka beliau sebagai wartawan Utusan Melayu yang menjadi suara rakyat menyuarakan hasrat kemerdekaan daripada penjajahan British. Tekanan dan himpitan yang di terima beliau dalam mempertahankan akhbar non-partisan memaksa beliau melancarkan mogok utusan pada Julai 1961 yang membawa beliau tersingkir dari Malaya.

Tuesday, July 11, 2006

PANRITA


Penulis : Arena Wati
Terbitan : Dewan Bahasa dan Pustaka
Halaman : 397 muka surat
Tahun cetakan : 1993

Panrita...Novel Arena Wati yang berunsur sufistik.Begitulah tanggapan saya ketika membaca novel ini. Bagi saya ia adalah khazanah berharga yang sepatutnya orang kebanyakan baca, fahami dengan teliti apa yang cuba disampaikan oleh Arena WAti.

Perjalanan roh manusia secara spiritual melangkaui alam fizikal menembusi zarah-zarah pejal yang tidak mampu dijelaskan oleh fakulti pemikiran manusia secara maknawi. Pembersihan diri yang dilalui oleh Omba dalam mencari hakikat yakin bahawa untuk apa manusia itu wujud dan menjadi hamba kepada Sang Cipta Rasa. Pengalaman sebentar di alam metafizik membuatkan Omba harus mengerti akan hakikat ketuhanan yang dilupakan saat dia berada di dimensi manusia.

Arena wati juga cuba membawa kita memahami tentang pengertian ‘yakin’ dan ‘tahu’ dalam memahami konsep kehidupan yang bersandarkan syariat.Novel ini juga menerangkan kumpulan manusia yang dibahagikan kepada 4 kumpulan dari perspektif pemahaman Arena Wati.

Pertama (akal hayulani ) manusia yang buta huruf walaupun mereka jujur dan mudah dipengaruhi oleh oleh yang lebih cerdik dan lebih tinggi kemampuan mindanya. Pengetahuan mereka berdasarkan pengalaman sehari-hari dibawah perintah orang yang lebih berkuasa. Kedua ( campuran akal kasabi dan atoi) , manusia yang mampu meninggikan taraf hidup dan mencipta sesuatu ( akal kasabi), dan orang yang mempunyai peluang untuk mendapat hidayah.(akal atoi) Sekiranya pengaruh hidayah itu kuat, dia akan kuat imannya dan mudah memahami perkara duniawi dan ghaib.Ketiga, ( akal bilfili) manusia yang arif tentang hukum alam dan memahami dan meyakini yang ghaib. Orang sebegini dapat melihat perkara yang melangkaui penglihatan perkara-perkara zahir yang dipercayai oleh mata kasar manusia . Keempat, ( akal mustafad) manusia yang sudah memahami tentang hakikat kehidupan, kebenaran dan memahami makrifatulhaq . Orang sebegini sudah mempunyai minda yang sempurna dan mencapai ketenangan di dalam hidupnya.

…”Teruskan perjalananmu Omba.”Tiba-tiba Panrita Tua wujud dihadapannya. “Suatu pengembaraan dianngap gagal kalau kita tidak mendapat apa yang kita cari. Tetapi itu tanggapan yang salah. Tidak ada pengembaraan yang sia-sia. Cuma kau tidak faham, bahawa sesuatu yang kau jumpa dalam perjalanan adakalanya lebih baik daripada apa yang kau cari.”

Friday, June 09, 2006

AL FATIH SANG PENAKLUK KONSTANTINOPAL

Penulis : Alwi Alatas
Terbitan : Zikrul hakim, Anggota IKAPI, Jakarta Timur, Jakarta.
Halaman : 192 muka surat
Tahun cetakan : Julai 2005

Buku ini menceritakan perjalanan hidup dan jihad yang dilakukan oleh Muhammad Al Fatih, sejak kecil sehingga beliau wafat. Penaklukan Konstantinopal yang dramatik itu hanyalah satu episod sahaja daripada hentakan jihad beliau. Sekiranya Allah memberi umur dan kekuatan yang lebih kepada beliau besar kemungkinan kota Rom juga akan jatuh ke tangannya.

Abu Qubail menuturkan dari Abdullah bin Amr bin Ash, “Suatu ketika kami sedang menulis di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba beliau ditanya, “Mana yang terkalahkan lebih dahulu, Konstantinopel atau Romawi?” Beliau menjawab, “Kota Heraklius-lah yang akan terkalahkan lebih dulu.” Maksudnya adalah Konstantinopel.” [H.R. Ahmad, Ad-Darimi, Al-Hakim] “Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335]

Hadis-hadis ini tentu saja memberi dorongan tersendiri bagi kaum Muslimin. Setiap usaha untuk menakluk Konstantinopal bagi kaum Muslimin, mereka tidak akan ketinggalan untuk membawa hadis-hadis ini sebagai motivasi kepada mereka. Perkara ini juga berlaku kepada Muhammad II serta pasukannya yang akhirnya berjaya menakluk kota ini.

Jika anda pernah menonton filem Kingdom of Heaven yang melibatkan peperangan hebat di antara Balian of Ibelian dan Salahuddin Al-Ayubi, tidak kurang hebat juga peperangan di antara Muhammad II dan Constantine XI Paleologus. Malah peperangan ini jauh lebih hebat bukan sahaja mengambil masa selama berhari-hari tetapi berminggu-minggu.

Muhammad Al Fatih : Lukisan Gentile Bellini
Pengarang pada permulaan buku ini menceritakan serba ringkas tentang Kerajaaan Turki Uthmaniah dan menyelitkan beberapa peta ringkas untuk gambaran kepada pembaca. Kerajaan Romawi telah terpecah dua, Romawi Barat yang berpusat di Rom dan Romawi Timur atau Byzantium yang berpusat di Konstantinopal. Kerajaan ini bukan sahaja berpecah kerana politik tetapi juga kerana pergaduhan sengit di antara dua pecahan gereja Kristian iaitu Katholik Roma di Vatikan dan Yunani Orthodoks di Byzantium atau Constantinople yang kini menjadi Istanbul. Perpecahan tersebut terjadi akibat daripada konflik gereja meskipun dunia masih tetap mengakui keduanya sebagai pusat peradaban. Perpecahan ini merupakan salah satu faktor dalaman dunia Kristian yang menyebabkan Konstantinopal pada akhirnya berjaya ditakluk. Hal ini juga merupakan peluang keemasan dan menjadi keuntungan tersendirinya nanti bagi Muhammad II dalam proses penaklukan kota tersebut di samping persiapan penyerangannya yang sememangnya telah dilakukan secara matang dan sistematik.

Constantine The Great memilih kota di selat Bosphorus tersebut sebagai ibukota, dengan alasan bahawa kedudukannya yang strategik di batas Eropa dan Asia, baik di darat sebagai salah satu Jalur Sutera ( The Silk Road )mahu pun di laut antara Laut Tengah dengan Laut Hitam dan dianggap sebagai titik terbaik sebagai pusat kebudayaan dunia, setidak-tidaknya pada keadaan geopolitik pada ketika itu. Begitulah strategiknya kedudukan geografi kota ini sehingga dikatakan “ Andaikata dunia ini membentuk satu kerajaan maka Konstantinopal akan menjadi kota yang paling sesuai untuk menjadi ibu kotanya.

Keadaan yang stategik ini menjadikan Konstantinopal berkali-kali di kepung dan menjadi sasaran penaklukan. Kaum Muslimin bukanlah satu-satunya bangsa yang tertarik untuk merebut Konstantinopal tetapi bangsa-bangsa lain turut berminat dengan kota ini. Antaranya ialah termasuk bangsa Gothik, Avars, Persia, Bulgar, Rusia, Khazar, Arab-Muslim dan Pasukan Salib meskipun misi awal mereka adalah untuk menguasai Jerusalem. Arab-Muslim terdorong ingin menguasai Byzantium tidak hanya karena kedudukan strategiknya, tapi juga atas kepercayaan kepada ramalan Rasulullah SAW tentang kejatuhan kota ini ke tangan kaum Muslimin.Melalui riwayat Hadis di atas Rasullullah S.A.W menyampaikan penghargaan tersendiri terhadap sultan serta pasukan yang akan membebaskan kota tersebut.

Usaha pertama kaum Muslimin untuk merebut kota ini dilakukan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan pada tahun 668M, namun ia tidak mendatangkan hasil dan salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang mengikuti peperangan ini iaitu Abu Ayyub Al-Ansari ra. telah gugur. Sebelum Abu Ayyub meninggal beliau sempat berwasiat iaitu jika beliau wafat, beliau meminta jasadnya dimakamkan di titik terjauh yang bisa dicapai oleh kaum Muslim. Dan para sahabatnya berhasil menyelinap dan memakamkan beliau persis di sisi tembok benteng Konstantinopel di wilayah Golden Horn.

Generasi berikutnya, baik daripada Bani Umayyah dan Bani Abbasiyyah sehingga ke Turki Uthmaniah pada pemerintahan Murad II juga gagal menakluki Byzantium. Salah satu peperangan Murad II di wilayah Balkan adalah melawan Vlad Dracul, seorang tokoh Crusader yang bengis dan sadis. Selama 800 tahun memperolehi kegagalan akhirnya anak Sultan Murad II iaitu Muhammad II menaiki takta Turki Uthmaniah.

Semasa pemerintahan Sultan Murad I, Turki Uthmani dibangunkan dengan ketenteraan yang canggih, salah satunya adalah dengan membentuk pasukan khusus yang disebut sebagai Yanisari. Pasukan ini terdiri daripada pemuda-pemuda Kristian Eropa yang telah masuk Islam. Mereka ini telah dilatih sejak kanak-kanak lagi dan dididik menurut tradisi Islam dan Turki serta dilatih menjadi perajurit yang unggul. Mereka juga merupakan pasukan yang mempunyai disiplin yang sangat tinggi dan menjadi inti pasukan Turki dalam pelbagai pertempuran. Dengan pasukan tenteranya Turki Uthmani menguasai sekeliling Byzantium hingga Constantine berasa terancam, walaupun ada benteng yang melindungi –bahkan dua lapis– seluruh kota sangat sulit dan sukar ditembusi. Apabila keaadaan menjadi genting Constantine meminta bantuan daripada Rom, namun konflik gereja yang terjadi tidak membenarkan mereka memerlukan banyak bantuan.

Al Fatih memantau pertempuran
Mulalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu pada tanggal 6 April 1453M bersamaan hari Jumaat, Muhammad II atau disebut juga Mehmed bersama gurunya, Syeikh Aaq Syamsudin, beserta orang kanannya, Halil Pasha dan Zaghanos Pasha melancarkan penyerangan ke atas Byzantium dari pelbagai penjuru benteng kota tersebut. Dengan persiapan sebanyak 50.000 ribu pasukan tentera dan meriam buatan Urban (seorang yang mahir di dalam membuat meriam) –teknologi baru pada saat itu– Muhammad II mengirim surat kepada Paleologus dengan mengemukakan beberapa syarat iaitu 1) masuk Islam 2)menyerahkan penguasaan kota secara damai atau 3)perang. Constantine Paleologus tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan kota dengan bantuan daripada Kardinal Isidor, Pangeran Orkhan dan Giovanni Giustiniani dari Genoa.

Kota dengan benteng 10m-an tersebut memang sukar untuk ditembusi, selain di sisi luar benteng pula dilindungi oleh parit 7m. Dari sebelah barat, pasukan altileri perlu menembusi benteng dua lapis, dari arah Selatan Laut Marmara pasukan laut perlu berhadapan dengan tentera laut Genoa pimpinan Giustiniani dan dari arah timur armada laut harus masuk ke selat sempit Golden Horn yang sudah dilindungi dengan rantai besar sehingga kapal perang ukuran kecil pun tidak boleh melalui.

Hari berganti minggu namun benteng Byzantium tidak juga ditembusi, jika tembus atau runtuh pun pasukan Constantine mampu mempertahankan celah tersebut dan dengan pantas mereka menutup celah tersebut. Tentera Muslimin tidak putus asa dan tetap berusaha dengan menggali terowong di bawah benteng, cara ini sudah cukup membuatkan musuh panik dan cemas, namun usaha ini tetap tidak mendatangkan hasil. Sehingga akhirnya timbul juga idea yang dilakukan hanya dalam semalam. Mereka mendapati bahawa salah satu pertahanan yang agak lemah adalah melalui selat Golden Horn yang sudah dirantai. Idea tersebut akhirnya dilakukan, iaitu dengan memindahkan kapal-kapal melalui darat untuk menghindari rantai penghalang, hal ini hanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu pada sebelah malam kerana sukar bagi musuh untuk mengesan gerak kerja. 70 buah kapal berjaya dipindahkan memasuki wilayah selat Golden Horn dalam waktu yang singkat..

Tanggal 29 Mei, setelah seharian beristirehat perang, Muhammad II kembali menyerang dengan diiringi hujan dan doa . Tentera Muslimin bersedia dengan tiga bentuk pasukan iaitu Irregular di barisan pertama, Anatolian Army di barisan kedua dan barisan terakhir pasukan Yanisari. Buat kali terakhir Giustiniani memberi peluang kepada Constantine untuk mundur atau menyerah tetapi Constantine tetap konsisten sehingga gugur di medan peperangan. Khabarnya Constantine telah menanggalkan baju perang kerajaannya dan bertempur bersama pasukan biasa hingga tidak seorang pun yang menemui jasadnya. Giustiniani sendiri meninggalkan kota dengan pasukan Genoa-nya. Kardinal Isidor sendiri lolos dengan menyamar sebagai budak melalui Galata, dan Pangeran Orkhan telah gugur di medan peperangan.

Akhirnya Konstantinopel telah jatuh ke tangan Muslimin. Sultan Muhammad II berjaya menakluk Konstantinopal. Penduduk kota berbondong-bondong berkumpul di Hagia Sophia, dan Sultan Muhammad II memberi perlindungan kepada semua penduduk, kepada sesiapa pun, baik Islam, Yahudi atau pun Kristian. Akhirnya Hagia Sophia dijadikan masjid dan gereja-gereja lain tetap mengekalkan fungsinya bagi penganutnya.

Toleransi tetap ditegakkan, siapa pun boleh tinggal dan mencari nafkah di kota tersebut. Sultan kemudiannya membangunkan kembali kota, dengan mendirikan sekolah –terutamanya sekolah untuk kepentingan kota. Tiada pilih kasih dalam hal ini, siapa pun boleh belajar, tak ada perbezaan terhadap agama. Pelbagai institusi didirikan dan telah berkembang dengan baik Selain itu Sultan Muhammad II telah mendirikan pasar, rumah dan sebagainya. Akhirnya kota tersebut diubah menjadi Istanbul.

Memetik kata-kata daripada Al-Fatih sendiri :

“ Tujuan (hidup) saya adalah untuk tunduk kepada perintah Allah, berjuang dan berjihad di jalan Allah. Seluh usaha ini hanyalah untuk kepentingan Agama Islam. Saya berusaha untuk meninggikan kaum muslimin. Dengan dokongan Allah serta bantuan kerohaniaan pasukan-pasukan muslim yang utama, saya pasti akan menghancurkan orang-orang Kafir yang terdahulu dan yang akan datang”

Thursday, May 11, 2006

INDAH DAN MULIA


Tajuk Buku : Indah dan Mulia
Penulis buku : Amru Muhammad Khalid
Penerbit : PT Serambi Ilmu Semesta, Jakarta, Indonesia.
Tahun : 2005
Halaman : 289


Seorang lelaki menemui Rasulullah saw. dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?” Rasulullah menjawab, “Akhlak yang baik.” Kemudian ia mendatangi Nabi dari sebelah kanannya dan bertanya, “Ya Rasulullah, apakah agama itu?” Nabi menjawab, “Akhlak yang baik.” Kemudian ia menghampiri Nabi dari sebelah kiri, “Apakah agama itu?” Dia bersabda, “Akhlak yang baik.” Kemudian ia mendatanginya dari belakang dan bertanya, “Apa agama itu?” Rasulullah menoleh kepadanya dan bersabda, “Belum jugakah engkau mengerti? Agama itu akhlak yang baik.” (al-Targhîb wa al-Tarhîb 3: 405).

Buku Indah dan Mulia ini mengajak Anda untuk mendidik diri bersifati luhur dan berperilaku bijaksana, menunjukkan pentingnya akhlak dalam membina peribadi Islam sejati dan memberi motivasi kepada pembaca agar berpegang pada akhlak istimewa itu.
Buku ini membincangkan tentang akhlak yang baik disamping mengajak pembaca memiliki cirri-ciri akhlak ini. Antara tajuk yang dikupas di dalam buku ini alah Akhlak, Ihsan, Tawadhuk, Jujur, Amanah, Setia, Malu dan kasih sayang. Buku ini berjaya menmbat hati pembaca kerana kandungannya yang jitu disamping menggunakan ayat yang mudah difahami dan setiap ayat yang dilontarkan sangat menyentuh kalbu dan berkesan di hati pembaca, InsyaAllah.

AKHLAK
Sebagai mukadimahnya penulis memulakan karyanya dengan membicarakan tentang akhlak. Apa itu akhlak? Akhlak merupakan perkara yang lebih penting daripada Ibadah kerana tujuan utama dari semua ibadah adalah membenarkan akhlak. Contohnya :
1) Solat mencegah perkara mungkar dan keji
2) Zakat, menyucikan dan belajar mengasihi dan bermurah hati
3) Puasa, belajar supaya menghindari perbuatan fasik dan
4) Haji, adalah puncak kepada akhlak
kerana mengandungi latihan dan mengajar supaya lebih berdisiplin. Selain itu juga ia merupakan akhlak yang cukup berat kerana berusaha untuk menjaga akhlak yang baik. Antara tujuan mempelajari akhlak ialah supaya tidak menjadi sebab yang menyesatkan manusia dan tidak menjadi contoh yang buruk. Akhlak adalah yang paling berat dalam timbangan hamba di hari akhirat. Siapakah mukmin yang paling baik dan sempurna imannya? Mereka ialah yang paling baik akhlaknya, yang baik Islamnya dan yang paling baik akhlaknya. Orang yang paling dicintai oleh Rasullullah S.A.W ialah orang yang paling baik akhlaknya, “ Ya Allah, berilah aku petunjuk kepada akhlak yang paling baik dan tidak ada yang bias memberi petunjuk kepadanya kecuali Engkau

IHSAN
Dewasa ini jika kita lihat di sekeliling kita ramai manusia yang terus alpa dengan keasyikan duniawinya, malah mereka berlumba-lumba mengejar harta kekayaan, pangkat dan status. Tidak lupa juga manusia Islam yang tidak mengendahkan dan jarang mempraktikkan konsep ihsan. Dalil ihsan ialah :

1) Allah menyuruh untuk membuat adil, bersikap ihsan dan memberi kepada kaum kerabat
2) Iaitu mereka yang biasa menahan emosi, memaafkan manusia dan Allah senang kepada
orang yang membuat ihsan
3) Sesungguhnya kasih sayang Allah sangat dekat dengan orang-orang yang berbuat ihsan
4) Allah mewajibkan ihsan di dalam segala hal.

Niat ihsan sahaja tidak cukup malah kita kena berlaku adil kepadanya. Contohnya, Kita mengulangkaji pelajaran, berniat untuk ihsan di dalam mengulangkaji pelajaran, niat sahaja tidak memadai tetapi hendaklah kamu memilih tempat yang sesuai dan memilih waktu belajar yang tepat. Dengan begitu anda telah bersikap adil dalam ihsan. Topik ini juga membicarakan bentuk ihsan di dalam ibadah, terhadap orang tua, ihsan terhadap anak perempuan, bernikah, ihsan bercerai, ihsan terhadap isteri , binatang, kerja dan sebagainya.

TAWADUK
Orang yang tawaduk pasti Allah akan memuliakannya.Tawaduk juga merupakan akhlak Rasullullah S.A.W. Kita mesti tawaduk dalam aspek pakaian, pembantu, membangunkan rumah, keluarga terdekat, murid dan orang tua. Bagaimanakah cara kita bersikap tawaduk? Iaitu dengan mengenali Tuhan dan latihan praktis.

JUJUR
Merupakan akhlak para Nabi. Nabi Ibrahim disebut di dalam Al-Quran, beliau adalah seorang yang sangat jujur.Nabi bersabda “ Kejujuran adalah ketenangan, kebohongan adalah kegelisahan”. Akan menjadi khianat terbesar jika engkau menyatakan pada saudaramu sesuatu yang ia percaya sementara engkau sendiri berbohong padanya. Bila dibenarkan berbohong?
1) Perang
2) Mendamaikan manusia
3) Kepada isteri

Penulis juga mengupas tajuk setia, amanah dan kasih sayang. Tidak lupa juga penulis buku ini menyelitkan kisah-kisah nabi yang berkaitan dengan topic yang dikupas. Buku ini membuka minda anda sesungguhnya akhlak itu indah dan mulia.

Monday, May 08, 2006

ZAMAN KEGELAPAN ISLAM DAN KETIBAAN ERA KEBANGKITAN ISLAM

Tajuk Buku : Zaman Kegelapan Islam dan Ketibaan Era Kebangkitan Islam
Penulis : Harun Yahya
Penerbit : Perniagaan Jahabersa
Tahun : 2004
Sumber : Sanggar Tamadun (Pusat Sumber dan Kajian GPTD)

Buku ini mendedahkan berkenaan penderitaan umat Islam yang tidak berdosa di serata dunia untuk menyeru mereka yang berkesedaran untuk memikirkan tentang situasi tersebut dan seterusnyamencari jalan penyelesaiannya.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan , menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Cechnya, Thailand Fhilipina, Myanmar dan juga sudan. Jika dilihat sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang brerhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan. Orang-orang serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kshmir, orang-orang Rusia di Caucasus, dan rejim-rejim penindas yang menentang umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir dan Maghribi. Nmaun, kuasa-kuasa anti Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitandengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa dan menggunakn modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua anti agama Islam.

Pada saat kekejaman dan penindasan berleluasa di seluruh pelosok dunia, adalah tidak munasabah bagi umat Islam untuk tidur lena di atas katil, membazirkan masa pada perkara-perkara yang tiadak berfaedah dan hanya memikirkan kepentingan diri dan keseronokan semata-mata. Sekiranya di dalam hati kita tiada rasa kasihan terhadap saudara kita bahkan masih mampu pula bersuka ria ketika saudara-saudara kita tertindas, maka di manakah letaknya tahap keimanan kita? Bukankah Rsulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya:

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka cegahlah dengan tangan. Sekiranya tidak mampu dengan lisannya. Sekiranya tidak mampu, dengan hatinya. Dan itu adalah selemah-lemah iman.

Justeru itu, amatlah penting bagi kita untuk memupuk sensitiviti umat Islam terhadap isu-isu yang melanda umat Islam pada masa kini khususnya yang berkaitan dengan penindasan terhadap umat Islam. Kita harus menyedari bahawa umat Islam tidak akan mapu menentang golongan anti Islam sekiranya kita tidak membina kekuatan melalui kesatupaduan kita sesama umat Islam.